Monday, October 8, 2012

SMK SERI AMPANGAN JUARA PUM 2012

 
Dari kiri - Norakmal, Nur Ain, Siti Zakiah, Sharifah Faimah & Siti Rohani
SMK Seri Ampangan sekali lagi mengulangi pencapaian tahun 2010 apabila muncul juara Persembahan Terbaik pada MINI Konvensyen Progran Usahawan Muda (PUM) 2012 yang berlangsung di Dewan Utama Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu pada 6hb Oktober, 2012.
 
Y Bhg Dato' Noorizan
SMK Seri Ampangan yang diwakili oleh Syarikat Imtiyaz Sdn Bhd dipaksa bersaing sengit dengan dua pencabar terdekat iaitu SMK Penanti, Pulau Pinang (Naib Johan) dan Sek. Men Sains Iskandar Mersing, Johor yang menduduki tempat ketiga. SMK Seri Ampangan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta plaque dari Y Bhg Dato' Noorizan Shafie - SU Bhg Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sementara itu bagi Kategori Produk Kreatif Sekolah Menengah Sains Iskandar, Mersing muncul juara bagi kategori tersebut. Wakil Negeri Sembilan SMK Serting Hilir Kompleks sekadar meraih hadiah saguhati.

Naib johan milik SMK Tok Giring, Terengganu dan tempat ketiga SMK Sultan Omar, Terengganu.Pada majlis penutup tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan penyampaian sajak oleh pelajar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar PMINT dan wakil Pengarah Jabatan Pelajaran, Terengganu.