Wednesday, June 23, 2010

PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL EDISI Ke-14 (14hb-17hb Julai), 2010 DI JOHOR BHARU

JOHOR BHARU - Sah Johor Bharu menjadi destinasi Konvensyen Program Usahawan Muda Edisi ke-14, 2010 apabila Mesyuarat Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Nasional Bil. 2/2010 memutuskan untuk memilih Johor Corporation selaku tuan rumah bagi menganjur program berprestiji buat para pelajar kali ini.

Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Pengarah INSKEN, Encik Nik Abu Bakar Nik Mohamad di PutraJaya turut dihadiri oleh semua wakil perbadanan kemajuan negeri selaku badan penyelaras negeri termasuk wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Antara perkara lain yang turut dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah perlantikan ahli jawatankuasa bagi penganjuran, penginapan, pendaftaran dan aturcara program sepanjang konvensyen yang akan bermula dari 13hb Julai hingga 18hb Julai itu.

Sementara itu, pada Mesyuarat Konvensyen PUM Peringkat Nasional Bil. 3/2010 yang diadakan di Ansar Biz Center, Menara Ansar Johor Bharu pada 22hb Jun (Selasa) yang di Pengerusikan oleh Cik Fary Akmal Osman, Ketua Penolong Pengarah, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), MITI turut membincangkan beberapa perkara termasuk maklumbalas dari Jawatankuasa penganjuran, laporan Konvensyen PUM serta lawatan kerja ke venue pertandingan iaitu Persada Johor dan Plaza Kotaraya.

Secara dasarnya acara yang dipertandingan adalah sama seperti Konvensyen yang lalu iaitu :-
  • Anugerah Syarikat Terbaik
  • Anugerah Pengurus Terbaik
  • Anugerah Produk Terbaik
  • Anugerah Guru Pembimbing Terbaik
  • Anugerah Perkhidmatan Terbaik
  • Anugerah Pengetua Terbaik
  • Anugerah Agensi Pelaksana Terbaik


Semua Pken negeri turut diingatkan semua laporan konvensyen peringkat negeri hendaklah dihantar ke INSKEN sebelum atau pada 25hb Jun, 2010 bagi tujuan penilaian. Pihak penganjur juga memohon senarai nama-nama pelajar, guru dan pegawai dari setiap Pken negeri perlu dihantar sebelum 5hb Julai, bagi memudahkan kerja-kerja penempahan bilik peserta dan pegawai. Mesyuarat juga telah memutuskan seramai 26 orang pelajar dan 5 Guru Pembimbing ditetapkan bagi setiap kontinjen negeri.

Bagi konvensyen kali ini acara Kuiz Keusahawanan tidak akan diadakan sebaliknya ia digantikan dengan Program Medaniaga yang akan diadakan Plaza Kotaraya dimana setiap kontinjen akan diberi satu lot kedai bagi menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing dimana beberapa hadiah turut disediakan antaranya ialah gerai hiasan terbaik dan kutipan jualan terbanyak.
  
Untuk Konvensyen PUM Peringkat Nasional kali ini para pelajar tidak ditempatkan di asrama sekolah sebaliknya para pelajar akan akan menginap di empat buah hotel berhampiran venue iaitu Hotel Rasa Sayang, Hotel Tropical, Hotel Selesa dan MPC Johor.

1 comment:

  1. Siap sedia sekolah-sekolah yang terpilih bagi memastikan kejayaan Negeri Sembilan kali ini.

    ReplyDelete