Wednesday, April 15, 2009

SMK PENDETA ZAABA CEMERLANG DI KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA KE-11 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009

PORT DICKSON - Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaaba, Seremban mempamerkan kehebatan apabila dinobatkan selaku juara bagi kategori Persembahan Terbaik sempena Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-11 Peringkat Negeri Sembilan 2009 yang berlangsung di Dewan Tun Sri Lanang PNB Ilham Resort, Port Dickson semalam.


SMK Pendeta Zaaba buat julung kali tampil dalam konvensyen tersebut berjaya mengenepikan cabaran 15 buah sekolah dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dua buah sekolah yang dianggap pilihan iaitu penyandang juara SMK Seri Ampangan dan SMK Lukut Port Dickson. Kejayaan sekolah tersebut yang diwakili oleh syarikat Gemilang Niaga Sdn Bhd bertambah manis apabila Pengurus Besar dari syarikat terbabit Fadhullah Malik telah dipilih sebagai Pengurus Besar Terbaik.

Bagaimanapun SMK Seri Ampangan, Seremban menerusi syarikat Imtiyaz Sdn.Bhd yang merupakan naib johan syarikat terbaik peringkat kebangsaan 2008 terus mengekalkan rekod cemerlang apabila merangkul anugerah syarikat terbaik, naib johan produk kreatif terbaik dan tempat ketiga persembahan terbaik. Diikuti oleh SMK Lukut menerusi syarikat Mutiara PD muncul johan produk kreatif terbaik dan naib johan syarikat terbaik. Pengetua SMK Lukut, Hjh Hamidah Buruk menerima anugerah pengetua terbaik sementara Rohani Mulup dari SMK Seri Ampangan dipilih sebagai guru pembimbing terbaik.
Antara yang turut hadir pada majlis malam penganugerahan tersebut ialah Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) Dato Ibrahim Ahmad dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Berikut ialah senarai penuh pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-

Persembahan Terbaik:-
Johan - SMK Pendeta Zaaba, Seremban
Kedua - SMK Undang Jelebu
Ketiga - SMK Seri Ampangan, Seremban
Anugerah Juri - SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol

Syarikat Terbaik:-
Johan - SMK Seri Ampangan, Seremban
Kedua - SMK Lukut, Port Dickson
Ketiga - SMK Palong 11, Gemas

Produk Kreatif Terbaik:-
Johan - SMK Lukut, Port Dickson
Kedua - SMK Seri Ampangan, Seremban
Ketiga - SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol
Anugerah Khas Juri - SMK Undang Jelebu.

Bagi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya terutama kepada guru-guru pembimbing yang bertungkus lumus membantu pelajar sekolah masing-masing sehingga mencapai kejayaan. Tidak lupa juga kepada sekolah-sekolah yang tidak berjaya walaupun tewas mereka tetap memberikan saingan yang begitu sengit
berbanding konvensyen PUM 2008 sehingga menyukarkan para juri untuk memilih sekolah mana yang berjaya. Syabas dan tahniah kepada kesemua pelajar yang menyertai konvensyen kali ini semoga motto `Keusahawanan Kerjaya Pilihan' menjadi kenyataan. Bagi sekolah-sekolah yang berjaya, cabaran lebih sengit iaitu di Peringkat Nasional pada 29hb Mei hingga 1 Jun depan kini menanti anda dan seharusnya menggandakan usaha bagi memastikan kejayaan yang lebih gemilang.

No comments:

Post a Comment