Monday, December 7, 2009

PERTANDINGAN CATUR BISTARI PUM 2010

PERTANDINGAN Catur Bistari Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2010 anjuran Johor Corporation akan diadakan pada 17hb Januari, 2010 tahun depan. 

Thursday, November 5, 2009

48 BUAH SEKOLAH MENYERTAI SEMINAR AHLI LEMBAGA PENGARAH PUM

SATU Program Seminar untuk Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Program Usahawan Muda (PUM) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah diadakan di Dewan Utama Pusat Dakwah Islamiah Paroi, yang turut disertai lebih 300 pelajar dan guru-guru pembimbing semalam.

10 BUAH SEKOLAH AKAN DIBINA KIOSK

SEREMBAN - Sebanyak 10 buah sekolah di Negeri Sembilan akan menerima kiosk melalui Program Usahawan Muda (PUM) menjelang penguhujung tahun ini. Ini berikutan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah menyalurkan peruntukan bagi pembinaan kiosk yang dianggarkan bernilai RM20,000.00 tiap satu.

Tuesday, October 13, 2009

KURSUS PEMBUBARAN DAN PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN 13-15HB OKTOBER, PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON


PORT DICKSON - Seramai 60 orang guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) termasuk guru Program Perintis Usahawan (PPU) telah turut serta dalam Kursus Pembubaran dan Penyediaan laporan Tahunan Syarikat.

Kursus selama 3 hari dua malam ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan guru pembimbing mengenai kaedah penyediaan penyata kewangan dan laporan tahunan syarikat.

Sunday, July 26, 2009

ENAM BUAH SEKOLAH RENDAH SERTAI PROGRAM SULUNG PROGRAM PERINTIS USAHAWAN


PORT DICKSON-Seramai 60 murid sekolah rendah dari 6 buah sekolah di Negeri Sembilan buat julung kalinya menyertai program sulung Program Perintis Usahawan (PPU) yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) di Ilham Beach Resort, Port Dickson dari 24-26hb Julai, 2009.

Sunday, July 12, 2009

LAMAN BLOG PUMPKNNS BERWAJAH BARU

SEREMBAN-Bagi menyesuaikan Program Usahawan Muda (PUM) dengan tampok kementerian yang baru dimana Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang kini bernaung dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) laman blog PUMPKNNS.BLOGSPOT.COM juga turut mengalami perubahan dengan imej baru. Adalah diharapkan anak-anak pelajar dan guru-guru pembimbing PUM terutamanya di Negeri Sembilan dan tidak lupa rakan-rakan seperjuangan dari PKEN-PKEN Negeri lain yang sering melayari laman blog ini menyenangi dengan imej baru. Terima kasih.

Wednesday, July 1, 2009

KONTINGEN NEGERI SEMBILAN TIDAK PULANG TANGAN KOSONG - BERJAYA BAWA PULANG 2 ANUGERAH DI KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA KE-13 DI KANGAR, PERLIS


SEREMBAN-Kontinjen Negeri Sembilan yang menyertai Konvensyen Peringkat Nasional Program Usahawan Muda Ke-13 di Kangar, Perlis dari 26hb-29hb Jun baru-baru ini berjaya meraih dua anugerah menerusi kategori Guru Pembimbing Terbaik dan Catur Bistari.

Tuesday, June 30, 2009

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH..PKEN Perlis..Berjaya Menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan jaya dan meriah.

Kangar- Syabas dan sekalong tahniah buat seluruh warga PKEN Perlis diatas kejayaan menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan cemerlang walaupun menghadapi pelbagai halangan, kesukaran dan keperitan tetap utuh memerah tenaga dan keringat dengan berpegang kepada satu matlamat bagi memperjuangkan dan memartabatkan Program Usahawan Muda (PUM) yang telah sebati dikalangan seluruh warga PKen-PKen Negeri ke suatu tahap yang paling atas agar senantiasa harum dan subur ditahun-tahun seterusnya.

Tuesday, June 23, 2009

TAKLIMAT AKHIR KEPADA PELAJAR SEBELUM KE KONVENSYEN PUM PERINGKAT NASIONAL KE-13 BERTEMPAT DI SEKOLAH MENENGAH SERI AMPANGAN SEREMBAN

SEREMBAN - Satu taklimat akhir kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan mewakili kontingen Negeri Sembilan ke Konvensyen Program Usahawan Muda(PUM) Peringkat Nasional Ke-13 di Perlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Seri Ampangan Seremban. Taklimat yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) Dato' Hj. Ibrahim Ahmad selaku sekreteriat PUM peringkat Negeri Sembilan, Pengetua SMK Seri Ampangan Datin Rohayah Harun dan wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) Encik Tadzim Mansor.

Wednesday, June 3, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KALI-3 KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL KE-13

KANGAR, Perlis - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional Ke-13 Kali-3 yang buat pertama kali diadakan di venue pertandingan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Perlis berjalan lancar dengan mencatat kehadiran hampir semua wakil-wakil agensi pelaksana PKEN Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan-jabatan kerajaan negeri Perlis yang bakal terlibat sama bagi memastikan perjalanan konvenysen kali ini berjalan lancar yang dijadualkan bermula pada 26hb Jun hingga 29hb Jun, 2009.

Tuesday, May 26, 2009

KERATAN AKHBAR

Selasa 26HB MEI, 2009
KIOSK SEKOLAH MAMPU LAHIR USAHAWAN MUDA
NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN - Penubuhan kiosk di setiap sekolah dilihat mampu melahirkan usahawan muda yang dinamik, sekaligus menggalakkan budaya keusahawaan diterapkan dikalangan pelajar di peringkat sekolah. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, kecenderungan menambah ilmu pengetahuan terutama dalam bidang perniagaan di kalangan pelajar ternyata dapat merangsang minat mereka bagi menceburi bidang keusahawanan.

Oleh sebab itu katanya, usaha meniup semangat berniaga di kalangan pelajar harus diperhebatkan, malah perlu diterjemahkan dalam satu medium yang boleh membantu supaya pendedahan bagi mendapatkan kepakaran dalam bidang keusahawanan itu dipelajari dengan baik. Mohamad berkata, dalam bidang perniagaan, yang paling penting adalah kepakaran selain pengalaman yang harus ditempuh kerana pelajar tidak akan dapat menimba ilmu melalui buku melainkan daripada pengalaman. "Ilmu melalui buku tidak dapat memberi pendedahan, sebaliknya hanya pengalaman sahaja yang mampu menerapkan budaya keusahawanan kerana ia memberi pelajar merasai pengalaman sebenar sebagai usahawan ," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Kunci-Kunci Kiosk Program Usahawan Muda dan Sijil-Sijil Latihan Keusahawanan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) disini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat, Exco-exco kerajaan negeri, Pengarah Jabatan Pelajaran Datuk Abdullah Mohamad serta Ketua Eksekutif PKNNS, Datuk Ibrahim Ahmad. Sehubungan dengan itu Mohamad berkata, pelajar yang memunyai minat menjadi usahawa muda harus mengenal erti kesusahan. "Erti kesusahan itu harus dipelajari di peringkat mula supaya dapat menguji sejauh mana tahap kesabaran diri.

Dalam pada itu Mohamad turut berkata, ketika ini sudah banyak agensi yang boleh memberi bantuan kepada mereka, sama ada yang baru mula ataupun sedang bergiat dalam bidang ini. "Justeru ia bukan menjadi kekangan kepada usahawan muda untuk mendapatkan bantuan bagi melihat mereka terus berkembang," katanya.

Selasa 26hb Mei, 2009
Program diusahakan bagi menanam minat pelajar berniaga

Sokong Kios Usahawan Muda
Hussaini Amran

SEREMBAN - Pengusaha kantin dan kedai koperasi sekolah perlu membuang tanggapan negatif mendakwa Kios Program Usahawan Muda menyebabkan perniagaan mereka terjejas, sebaliknya perlu menganggap ia sebagai satu persaingan sihat dalam perniagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan itu membunuh semangat pelajar-pelajar sekolah yang ingin mempelajari selok-belok dunia perniagaan.Menurut beliau, masalah persaingan sememangnya tidak dapat dielakkan namun ketiga-tiga pihak terbabit boleh berunding bagi mencari jalan penyelesaian.

"Kerajaan negeri tidak mahu usaha murni melahirkan usahawan muda di kalangan pelajar mendatangkan perpecahan di kalangan komuniti perniagaan di sekolah," jelasnya.Mohamad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Kunci-Kunci Kios Program Usahawan Muda dan Sijil-Sijil Latihan Keusahawanan Anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) di Hotel Royale Bintang dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat; Ketua Eksekutif PKNNS, Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Abdullah Mohamad.Sebanyak 10 sekolah yang menyertai Program Usahawan Muda di negeri ini menerima kunci kios yang disampaikan oleh Mohamad.Sehingga kini, 44 sekolah di negeri ini mempunyai kios di bawah program berkenaan dan 12 sekolah lagi akan melaksanakan program serupa menjelang awal tahun depan.

Mohamad menambah, pihak pengurusan sekolah perlu berperanan menetapkan jenis produk yang dijual di kios Program Usahawan Muda, kantin serta kedai koperasi."Sebagai contoh, kios Program Usahawan Muda boleh menjual peralatan elektronik dan kad prabayar telefon kerana kedua-dua produk berkenaan lazimnya tidak dijual di kedai koperasi atau kantin."Yang pentingnya, kerajaan negeri mahu lihat ketiga-tiga entiti perniagaan terbabit saling melengkapi dan bukannya bersaing antara satu sama lain," kata beliau.Menurut Mohamad, kesemua pihak sewajarnya memberi sokongan padu terhadap program itu agar hasrat kerajaan mewujudkan lebih ramai usahawan muda dapat dicapai.

MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI KIOSK PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) MERIAH

SEREMBAN- Majlis Penyampaian Kunci-Kunci Kiosk Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban yang dihadiri hampir 900 para jemputan berlangsung dengan begitu meriah. Majlis anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) selaku sekretariat dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) khusus bagi Program Usahawan Muda di Negeri Sembilan begitu bermakna dengan kehadiran tetamu kehormat YAB Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hassan pada petang itu.

Friday, May 22, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PENYERTAAN SEKOLAH-SEKOLAH SEMPENA KONVENSYEN NASIONAL KE-13


SEREMBAN- Satu Mesyuarat Penyelarasan Penyertaan Sekolah-Sekolah yang dipilih mewakili Negeri Sembilan untuk menyertai Konvensyen PUM Peringkat Nasional ke-13 di Perlis pada 26hb hingga 29hb Jun telah diadakan di Sekolah Menengah Seri Ampangan, Seremban semalam.


Tuesday, May 19, 2009

SAH KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL KE-13 AKAN DIADAKAN PADA 26HB -29HB JUN, ARAU, PERLIS

KONVENSYEN Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Nasional Ke-13 yang sebelum ini ditangguhkan, secara rasminya akan diadakan pada 26hb hingga 29hb Jun bulan depan. Perkara ini diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Konvensyen PUM Ke-13 kali ke-2 yang dipengerusikan oleh Pengarah INSKEN, Puan Kamariah Yeop Abdullah yang turut dihadiri wakil-wakil dari PKEN-PKEN Negeri, MARA dan Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya semalam.

Monday, May 11, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI KIOSK PROGRAM USAHAWAN MUDA

SEREMBAN- Tarikh Majlis Penyampaian Kunci-Kunci Kiosk Program Usahawan Muda(PUM) masih kekal iaitu pada 25b Mei, 2009 hanya terdapat sedikit perubahan pada waktu majlis iaitu daripada jam 10.00 pagi telah dipinda kepada jam 3.oo petang. Segala kesulitan yang timbul ekoran daripada perubahan itu amat dikesali dan pihak Perbadanan memohon maaf.

Thursday, May 7, 2009

PENANGGUHAN PENGANJURAN KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL KE-13 2009 DI PERLIS

SEREMBAN - Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Nasional yang dijadualkan berlangsung pada 29hb Mei hingga 1hb Jun 2009 di Perlis ditangguhkan buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Menurut pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul ekoran dari penangguhan tersebut. (Surat MECD: IKN 20/662/19 Kit.39 (52) bertarikh 6hb Mei, 2009 adalah dirujuk)

Monday, April 27, 2009

AKAN DATANG - UPACARA MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI KIOSK PROGRAM USAHAWAN MUDA DAN SIJIL-SIJIL LATIHAN KEUSAHAWANAN ANJURAN PKNNS

SEREMBAN- Satu Majlis Penyampaian Kunci Kiosk Program Usahawan Muda(PUM) dan Sijil-Sijil Latihan Keusahawanan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan(PKNNS) akan diadakan pada 25hb Mei, 2009 bertempat di Royale Bintang, Seremban jam 10.00 pagi.
Tetamu Kehormat dimajlis tersebut ialah Y.A.B. Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan Hj. Mohamad bin Hj Hasan yang juga Pengerusi Perbadanan yang telah sudi meluangkan masa untuk menyampai Kunci kiosk kepada pihak sekolah PUM dan sijil-sijil kepada 100 peserta yang mengikuti program keusahawanan anjuran PKNNS.

Thursday, April 16, 2009

SMT (ERT) DATO' UNDANG HJ MUHAMMAD SHARIP JUARA CATUR BISTARI KONVENSYEN PUM 2009

Port Dickson - SMT (ERT) Dato' Undang Hj Muhammad Sharip, Rembau muncul juara sulung Pertandingan Catur Bistari di Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-11 Peringkat Negeri Sembilan di PNB Ilham Resort. Pelajar mereka iaitu Nor Khalifa Azlina Ramli mencatat pemilikan wang tunai dan aset tertinggi berjumlah RM3,468,250.50 sekaligus mengesahkan kejayaan sekolah terbabit. Naib johan milik SMK Palong 11, Gemas dan tempat ketiga SMK Batu Kikir (Model
Khas).


Wednesday, April 15, 2009

SMK PENDETA ZAABA CEMERLANG DI KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA KE-11 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009

PORT DICKSON - Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaaba, Seremban mempamerkan kehebatan apabila dinobatkan selaku juara bagi kategori Persembahan Terbaik sempena Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-11 Peringkat Negeri Sembilan 2009 yang berlangsung di Dewan Tun Sri Lanang PNB Ilham Resort, Port Dickson semalam.

Sunday, March 29, 2009

16 SEKOLAH BERSEDIA MENGGALAS TUGAS UNTUK MEWAKILI NEGERI SEMBILAN KE KONVENSYEN NASIONAL 2009

SEREMBAN - Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah mengumumkan senarai 16 buah sekolah yang berjaya terpilih untuk menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2009. Antara 16 buah sekolah yang tersenarai, empat adalah merupakan pendatang baru dalam Konvensyen kali ini iaitu SMK King George V, Seremban, SMK Dato' Sedia Raja, SMK Klana Putra Lenggeng dan SMK Senawang yang dijangkakan bakal memberikan saingan sengit kepada sekolah-sekolah yang berjaya tahun lalu seperti SMK Seri Ampangan, SMK Lukut, Port Dickson dan SMK Palong 11(F) Gemas. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Haji Amir Sharifuddin Hj Ahmad yang mengumumkan senarai itu berkata, Konvensyen Peringkat Negeri kali ini akan diadakan di PNB Ilham Beach Resort, Port Dickson pada 13 - 15 April depan.

Sunday, March 22, 2009

KONVENSYEN NEGERI PUM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN KE-11 AKAN DIADAKAN PADA 13HB- 15HB APRIL, 2009 BERTEMPAT DI PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON

SEREMBAN - Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan 2009 akan diadakan pada 13hb-15hb April depan bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Bagi konvensyen kali ini sebanyak 16 buah sekolah dari seluruh Negeri Sembilan bakal menyertai program selama tiga hari. Berikut ialah aturcara PUM Konvensyen Peringkat Negeri.

Tuesday, March 17, 2009

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS TUAN RUMAH KONVENSYEN PROGRAM USHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-13 TAHUN 2009 (29HB MEI - 1HB JUN)

Kangar, Perlis - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENP's) telah dipilih selaku tuan rumah Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional ke-13, 2009 yang akan diadakan pada 29hb Mei hingga 1hb Jun dengan UiTM Cawangan Arau, Perlis selaku pusat perkampongan kontingen kali ini. 

Wednesday, March 4, 2009

BENGKEL PEMURNIAN PROGRAM USAHAWAN MUDA & PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (PPU)

Shah Alam - Seramai 38 orang perwakilan daripada pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Pensyarah-pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), pegawai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri dari seluruh Malaysia telah menghadiri Bengkel Pemurnian Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Perintis Usahawan (PPU) pada 3-5 Mac, 2009 bertempat di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Wednesday, February 25, 2009

" SOKONGAN PADU & KOMITMEN PENGETUA SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN MAMPU MEMARTABATKAN KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN JADI KENYATAAN "

Port Dickson - Seramai 48 Pengetua sekolah dari seluruh Negeri Sembilan termasuk 4 pengetua dari Wilayah Persekutuan telah menghadiri satu Taklimat Pengetua Program Usahawan Muda (PUM) anjuran Perbadananan Kemajuan Negeri, NS, Jabatan Pelajaran NS dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MecD) di Bayu Beach Resort disini semalam.

Turut hadir pada taklimat tersebut ialah wakil Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Encik Tadzim b. Mansor dan Penolong Pengarah dari MecD, Cik Izzawati Zai. Dalam taklimat tersebut kesemua pengetua diberikan penerangan dan matlamat khusus mengenai program PUM. Disamping satu sesi dialog bagi mendengar permasalahan berhubung kewujudan PUM di sekolah-sekolah masing.

Thursday, February 19, 2009

AKAN DATANG - TAKLIMAT PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) KEPADA PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH PUM NEGERI SEMBILAN 2009

Satu Taklimat Program Usahawan Muda kepada Pengetua-Pengetua 56 buah sekolah seluruh Negeri Sembilan akan diadakan pada 25hb Februari, 2009 bertempat di Bayu Beach Resort Port Dickson pada jam 10.00 pagi. Taklimat PUM yang akan disampaikan oleh wakil dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pengarah, Bahagian Sukan, Seni & Ko-Kurikulum dan sementara itu wakil Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MecD) ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan Keusahawanan, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Wednesday, February 18, 2009

AKAN DATANG - PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) BAYU BEACH RESORT 23HB FEB - 25HB FEB 2009

56 orang guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) bakal menjadi peserta kursus program Training Of Trainers anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi selama tiga hari yang akan bermula pada 23hb Februari hingga 25hb Februari bertempat di Bayu Beach Resort Batu 4. Port Dickson.

Monday, February 16, 2009

KONVENSYEN NASIONAL PUM KE-12 DI UITM, SHAH ALAM

Sempena Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-12 yang berlangsung pada 23-25hb Mei, 2008 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, seramai 25 pelajar dari lima buah sekolah yang telah berjaya di Konvensyen PUM Peringkat Negeri telah dipilih mewakili konvensyen kebangsaan kali ini.

Lima buah sekolah yang terpilih ialah:-
1) Sekolah Men. Keb. Seri Ampangan, Seremban
2) Sekolah Men. Keb. Lukut, Port Dickson
3) Sekolah Men. Keb. Tinggi, Port Dickson
4) Sekolah Men. Keb. Agama, Pedas
5) Sekolah Men. Keb. Palong Sebelas (F) Gemas.
Berikut ialah senarai pencalonan Konvensyen PUM Peringkat Nasional Ke-12 bagi lapan kategori yang dipertandingkan:-

1.Syarikat Terbaik:- IMTIYAZ SDN. BHD. (SMK. Seri Ampangan, Seremban )

2. Produk Terbaik - IMTIYAZ SDN. BHD. (SMK. Seri Ampangan, Seremban )

3. Perkhidmatan Terbaik – JATI TEGUH SDN. BHD. (SMK Palong 11 (F) Gemas )

4. Pengurus Terbaik:- Nur Zahidah bt. Zaidan (IMTIYAZ SDN BHD) SMK Seri
Ampangan, Seremban.


5. Guru Pembimbing Terbaik – Mohd Yusof bin Shafie – SMK Lukut, Port Dickson

6. Pengetua Terbaik – Puan Hjh Hamidah bt. Buruk – SMK Tinggi Port Dickson.

7. Persembahan Terbaik – IMTIYAZ SDN. BHD (SMK Seri Ampangan, Seremban)

8. Anugerah Khas PUM Piala Pusingan Menteri Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (Agensi Pelaksana) – Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Juga turut diadakan beberapa pertandingan lain iaitu Kuiz Keusahawanan, Entrepreneur
Race dan Catur Bistari.

Didalam Konvensyen Kebangsaan kali ini kontinjen Negeri Sembilan telah mencatat kejayaan
yang membanggakan:

1) IMTIYAZ SDN BHD (SMK Seri Ampangan, Seremban) muncul naib johan bagi kategori
Anugerah Syarikat Terbaik (Trofi & RM3,000.00)

2) JATI TEGUH SDN. BHD. (Sek. Men. Keb. Palong 11 (F), Gemas menduduki
tempat ketiga bagi kategori Anugerah Perkhidmatan Terbaik (Trofi & RM700.00)

3) Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) muncul pemenang Anugerah Khas
PUM Ke-12 Agensi Pelaksana Terbaik 2008.

Sunday, February 15, 2009

TAKLIMAT PENGETUA PUM - 5hb Mac, 2008

Seramai 27 Pengetua sekolah telah menghadiri Taklimat sehari di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Antara lain tujuan taklimat ini diadakan ialah khusus tentang Program Usahawan Muda serta penerangan dan masalah yang timbul ekoran kewujudan program ini dan penyelesaian oleh wakil Kementerian Pelajaran Malaysia & Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MecD).

10 BUAH SEKOLAH DIPILIH TERIMA KIOSK PUM 2008

Sebanyak 10 buah kiosk akan dibina di 10 buah sekolah di beberapa buah daerah di Negeri Sembilan melalui Program Usahawan Muda (PUM) 2008. 10 buah sekolah terbabit menerima peruntukan pembinaan kiosk dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) adalah seperti berikut:-

1) SMK Jelai (F) Gemas
2) SMK Bukit Jalor, Gemenceh, Tampin
3) SMK ERT Dato’ Undang Hj. Muhamad Shariff, Rembau
4) SMK Agama, Pedas – Rembau
5) SMK Taman Semarak Nilai, Seremban
6) SMK Tunku Besar Burhanuddin Seri Menanti, Kuala Pilah
7) SMK Jelai Bahau/Kuala Pilah
8) SMK Pasoh 2 (F) Simpang Pertang, Jelebu
9) SMK Pertang, Jelebu
10) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Batu Kikir

Jumlah itu menjadikan jumlah kiosk keseluruhan yang telah dibina ialah sebanyak 44 buah daripada 56 buah sekolah di seluruh Negeri Sembilan.

SENARAI PEMENANG KONVENSYEN PUM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2008

Berikut ialah senarai pemenang-pemenang Konvensyen PUM Peringkat Negeri Sembilan 2008:-

1. Syarikat Terbaik:- Johan - IMTIYAZ SDN. BHD. (SMK. Seri Ampangan, Seremban) RM250
N. Johan – Mutiara PD Sdn Bhd (SMK Lukut, Port Dickson)
Ketiga – Avicenna Sdn Bhd (SMK Agama Pedas, Rembau) RM150

2. Produk Kreatif Terbaik:- Johan - Avicenna Sdn Bhd (SMK Agama, Rembau) RM250
N. Johan - JATI TEGUH SDN. BHD. (SMK Palong 11 (F) Gemas ) RM200
Ketiga - IMTIYAZ SDN. BHD. (SMK. Seri Ampangan, Seremban ) RM150

3. Persembahan Syarikat Terbaik – Johan - IMTIYAZ SDN. BHD. (SMK. Seri Ampangan,
Seremban ) RM250


N. Johan – Mutiara PD Sdn Bhd (SMK Lukut, Port Dickson) RM200
Ketiga - JATI TEGUH SDN. BHD. (SMK Palong 11 (F) Gemas ) RM150

4. Guru Pembimbing Terbaik –










Mohd Yusof bin Shafie – SMK Lukut, Port Dickson

5. Pengetua Terbaik – Puan Hjh Hamidah bt. Buruk – SMK Tinggi Port Dickson.

Kesemua pemenang-pemenang dan pelajar Program Usahawan Muda telah diraikan dalam satu Majlis Makan Malam dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), Dato' Hj. Ibrahim bin Ahmad.
Selain dari itu juga turut diadakan program bersama Tokoh Usahawan dimana dua orang tokoh usahawan dari Negeri Sembilan iaitu Tuan Hj Mohd Ghazali Hj Abu Bakar (Pengarah Urusan Perusahaan Azan Sdn Bhd) dan Encik Mohamad Zahiri Dato’ Hj Maulud (Ketua Eksekutif Alif Food Industries Sdn Bhd) untuk memberi ceramah motivasi keusahawanan bagi menimbulkan rasa minat pelajar untuk menjadikan “Usahawan Sebagai Kerjaya Pilihan”.

Wednesday, February 11, 2009

16 BUAH SEKOLAH DARI SELURUH NEGERI SEMBILAN SERTAI KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA 2008

Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri 2008 yang diadakan pada 25-27hb Mac, 2008 bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson.

Sekolah-sekolah yang menyertai konvensyen peringkat negeri kali ini ialah:-

1) SMK Seri Ampangan, Seremban – ( IMTIYAZ SDN BHD )
2) SMK Lukut, Port Dickson – ( MUTIARA PD SDN BHD )
3) SMK Tinggi, Port Dickson – ( MJAY SDN BHD )
4) SMK Agama, Pedas – (AVICENNA SDN BHD)
5) SMK Palong Sebelas (F) Gemas. – ( JATI TEGUH SDN BHD )
6) SMK Pendeta Zaaba Seremban – (GEMILANG NIAGA SDN BHD)
7) SMK Batu Kikir, Jempol – ( MODEL KHAS SDN BHD )
8) SMK Undang Jelebu – ( UJ MEMBERS SDN BHD)
9) SMK Dato’ Taha, Gemenceh – (USAHA KREATIF SDN BHD)
10) SMK Pasir Panjang, Port Dickson – (USG2 SDN BHD)
11) SMK Datuk Mansor Bahau – ( GENERASI NAZA SDN BHD)
12) SMK Seremban 2 – (ES TWO SDN BHD)
13) SMK Tuanku Muhamad Kuala Pilah – ( D’PEARL SDN BHD)
14) SMK Dato’ Abd. Samad, Tg Ipoh – ( BERSATU JAYA SDN BHD)
15) SMK Tuanku Abd Rahman Gemas – (NADI SDN BHD)
16) SMK Taman Indah Tampin – (USAHA BERKAT SDN BHD)