Friday, April 29, 2011

SMK SERI AMPANGAN UNGGUL DI KONVENSYEN PUM NS KE-13

SMK Seri Ampangan menerusi syarikat mereka IMTIYAZ SDN. BHD menepati ramalan untuk muncul juara kategori persembahan buat kali kedua berturut-turut untuk mengatasi pencabar lain dalam misi mereka untuk mempertahakan kejuaraan peringkat kebangsaan di Konvensyen Nasional yang akan berlangsung di Ipoh tidak berapa lama lagi.

Thursday, April 28, 2011

PKNNS BERHASRAT UJUDKAN SATU KELUARGA SATU USAHAWAN

PORT DICKSON - Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) kini sedang giat berusaha untuk meningkatkan dan menambah jumlah bilangan usahawan yang berjaya di Negeri Sembilan menerusi model pelan pembangunan usahawan yang strategik bagi tahun 2011.

Saturday, April 23, 2011

MAMPUKAH SMK SERI AMPANGAN MENGEKALKAN KEJUARAAN

KONVENSYEN Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan 2011 kali ke-13 yang akan bermula pada hari Selasa, 26hb April ini bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson bakal menyaksikan pertarungan diantara 16 buah sekolah yang berjaya terpilih dari 56 buah sekolah dibawah program PUM Negeri Sembilan.

Sunday, April 10, 2011

SEMINAR AHLI LEMBAGA PENGARAH PUM NS BERJALAN LANCAR

SEREMBAN - Bagi memastikan setiap ahli-ahli lembaga pengarah Program Usahawan Muda (PUM) mengetahui serta memahami mengenai bidang tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai lembaga pengarah syarikat masing-masing. 

Satu Seminar untuk kesemua Ahli Lembaga Pengarah dari 56 buah sekolah dibawah Program Usahawan Muda (PUM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Utama, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Khamis lalu. 


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif PKNNS, Dato' Mohd Yusuf b Mohd Yunus yang telah merasmikan seminar tersebut dan wakil Jabatan Pelajaran NS, Encik Tuah Ketua Unit Ko-Kurikulum dan Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Abdul Rahim Ujang.

Dalam ucapan perasmian Dato' Ketua Eksekutif PKNNS beliau menggesa agar para pelajar menjadikan keusahawanan sebagai salah satu bidang kerjaya mereka selepas tamat persekolahan. 

Monday, April 4, 2011

11 MUKA BARU TERPILIH KE KONVENSYEN PUM KE-13 PERINGKAT NEGERI 2011

SEBANYAK 11 buah sekolah baru tersenarai dalam kelompok 16 buah sekolah yang terpilih menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-13 Peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 26hb hingga 28hb April, 2011 di Bayu Beach Resort, Port Dickson.