Tuesday, May 21, 2013

Antara guru-guru PUM yang hadir

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS UNTUK GURU-GURU PEMBIMBING PROGRAM USAHAWAN MUDA (PUM) 2013.

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah menganjurkan satu Program Training of Trainers (TOT) untuk Guru-Guru Pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) bertempat di Bilik Seminar D`S2 Mall, Bangunan PKNNS di Seremban 2, Rabu 22hb Mei, 2013.


Antara lain tujuan menganjurkan program ini adalah untuk menyampaikan maklumat terkini tentang Program Usahawan Muda dan juga tatacara penyediaaan laporan tahunan syarikat bagi tujuan penyediaan menghadapi Konvensyen Peringkat Negeri yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi.

15 BUAH SEKOLAH LAYAK KE PERINGKAT NEGERI PERTANDINGAN CATUR BISTARI 2013








Sebanyak 15 buah sekolah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Pertandingan Catur Bistari Peringkat Negeri Sembilan 2013. Kesemua 15 buah sekolah terbabit mencatat jumlah mata tertinggi dalam peringkat saringan yang telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan, Paroi pada hari Sabtu 18hb Mei lalu. 




Program ini yang dianjurkan oleh Johor Corporation (J-Corp) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Pada peringkat saringan ini, sebanyak 27 buah sekolah dibawah Program Pembangunan Usahawan (PUM) telah mengambil bahagian bagi kategori sekolah menengah.


Sementara itu satu lagi pertandingan juga turut diadakan iaitu khusus buat pelajar sekolah rendah Pertandingan Cilik Bistari dimana 10 buah sekolah telah berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri. 


Monday, October 8, 2012

SMK SERI AMPANGAN JUARA PUM 2012

 
Dari kiri - Norakmal, Nur Ain, Siti Zakiah, Sharifah Faimah & Siti Rohani
SMK Seri Ampangan sekali lagi mengulangi pencapaian tahun 2010 apabila muncul juara Persembahan Terbaik pada MINI Konvensyen Progran Usahawan Muda (PUM) 2012 yang berlangsung di Dewan Utama Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu pada 6hb Oktober, 2012.
 
Y Bhg Dato' Noorizan
SMK Seri Ampangan yang diwakili oleh Syarikat Imtiyaz Sdn Bhd dipaksa bersaing sengit dengan dua pencabar terdekat iaitu SMK Penanti, Pulau Pinang (Naib Johan) dan Sek. Men Sains Iskandar Mersing, Johor yang menduduki tempat ketiga. SMK Seri Ampangan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta plaque dari Y Bhg Dato' Noorizan Shafie - SU Bhg Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sementara itu bagi Kategori Produk Kreatif Sekolah Menengah Sains Iskandar, Mersing muncul juara bagi kategori tersebut. Wakil Negeri Sembilan SMK Serting Hilir Kompleks sekadar meraih hadiah saguhati.

Naib johan milik SMK Tok Giring, Terengganu dan tempat ketiga SMK Sultan Omar, Terengganu.Pada majlis penutup tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan penyampaian sajak oleh pelajar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar PMINT dan wakil Pengarah Jabatan Pelajaran, Terengganu.
 

Tuesday, June 21, 2011

KURSUS PUM LANJUTAN ALP FASA 2 (21-23 JUN) BAYU BEACH, GIAT BERJALAN


KURSUS Program Usahawan Muda Penyediaan Kewangan Lanjutan Ahli Lembaga Pengarah Fasa 2 kini sedang berjalan di Bayu Beach Resort yang turut disertai oleh 28 buah sekolah.

Tiga buah sekolah yang tidak hadir pada Kursus Lanjutan Kumpulan Pertama pada 14hb hingga 16hb Jun lepas iaitu SMK Zaaba K.Pilah, SMK Vokasional Juasseh K.Pilah dan SMK Tuanku Muhammad Kuala Pilah  kali ini turut hadir pada Kumpulan Kedua kali ini.

Bagaimanapun SBPI Integrasi Jempol dan SMK Bukit Rokan, Gemenceh gagal hadir dalam Kursus Lanjutan Kumpulan Kedua kali ini.
Didalam Kursus ini juga para pelajar dikehendaki membuat persembahan multimedia pendek membentangkan  penyata kewangan syarikat masing-masing.



Sementara itu para pelajar juga berpeluang mengenali dengan lebih dekat sebuah syarikat  milik usahawan tempatan iaitu Syarikat Roscorn Sdn Bhd dari Rembau yang mengeluarkan dan mengusahakan tanaman jagung. Pelajar juga didedahkan dengan pengalaman pahit dan manis sehingga mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya.
Selain dari mereka juga berpeluang menikmati
hidangan jagung yang sempat dikukus oleh pekerja syarikat Roscorn.

Wednesday, June 8, 2011

KURSUS LANJUTAN ALP PUM FASA 1 NS (14 - 16 JUN 2011) BAYU BEACH RESORT, PD

Ahli ALP turut membuat persembahan penyata kewangan
SATU Kursus Lanjutan bagi Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP) Program Usahawan Muda (PUM) Fasa Satu anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan diadakan di Bayu Beach Resort bermula pada hari Selasa (14hb-16hb Jun) di Bayu Beach Resort, Port Dickson.

Friday, April 29, 2011

SMK SERI AMPANGAN UNGGUL DI KONVENSYEN PUM NS KE-13

SMK Seri Ampangan menerusi syarikat mereka IMTIYAZ SDN. BHD menepati ramalan untuk muncul juara kategori persembahan buat kali kedua berturut-turut untuk mengatasi pencabar lain dalam misi mereka untuk mempertahakan kejuaraan peringkat kebangsaan di Konvensyen Nasional yang akan berlangsung di Ipoh tidak berapa lama lagi.

Thursday, April 28, 2011

PKNNS BERHASRAT UJUDKAN SATU KELUARGA SATU USAHAWAN

PORT DICKSON - Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) kini sedang giat berusaha untuk meningkatkan dan menambah jumlah bilangan usahawan yang berjaya di Negeri Sembilan menerusi model pelan pembangunan usahawan yang strategik bagi tahun 2011.

Saturday, April 23, 2011

MAMPUKAH SMK SERI AMPANGAN MENGEKALKAN KEJUARAAN

KONVENSYEN Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan 2011 kali ke-13 yang akan bermula pada hari Selasa, 26hb April ini bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson bakal menyaksikan pertarungan diantara 16 buah sekolah yang berjaya terpilih dari 56 buah sekolah dibawah program PUM Negeri Sembilan.

Sunday, April 10, 2011

SEMINAR AHLI LEMBAGA PENGARAH PUM NS BERJALAN LANCAR

SEREMBAN - Bagi memastikan setiap ahli-ahli lembaga pengarah Program Usahawan Muda (PUM) mengetahui serta memahami mengenai bidang tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai lembaga pengarah syarikat masing-masing. 

Satu Seminar untuk kesemua Ahli Lembaga Pengarah dari 56 buah sekolah dibawah Program Usahawan Muda (PUM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Utama, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Khamis lalu. 


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif PKNNS, Dato' Mohd Yusuf b Mohd Yunus yang telah merasmikan seminar tersebut dan wakil Jabatan Pelajaran NS, Encik Tuah Ketua Unit Ko-Kurikulum dan Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Abdul Rahim Ujang.

Dalam ucapan perasmian Dato' Ketua Eksekutif PKNNS beliau menggesa agar para pelajar menjadikan keusahawanan sebagai salah satu bidang kerjaya mereka selepas tamat persekolahan.