Sunday, March 29, 2009

16 SEKOLAH BERSEDIA MENGGALAS TUGAS UNTUK MEWAKILI NEGERI SEMBILAN KE KONVENSYEN NASIONAL 2009

SEREMBAN - Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah mengumumkan senarai 16 buah sekolah yang berjaya terpilih untuk menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2009. Antara 16 buah sekolah yang tersenarai, empat adalah merupakan pendatang baru dalam Konvensyen kali ini iaitu SMK King George V, Seremban, SMK Dato' Sedia Raja, SMK Klana Putra Lenggeng dan SMK Senawang yang dijangkakan bakal memberikan saingan sengit kepada sekolah-sekolah yang berjaya tahun lalu seperti SMK Seri Ampangan, SMK Lukut, Port Dickson dan SMK Palong 11(F) Gemas. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Haji Amir Sharifuddin Hj Ahmad yang mengumumkan senarai itu berkata, Konvensyen Peringkat Negeri kali ini akan diadakan di PNB Ilham Beach Resort, Port Dickson pada 13 - 15 April depan.

Sunday, March 22, 2009

KONVENSYEN NEGERI PUM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN KE-11 AKAN DIADAKAN PADA 13HB- 15HB APRIL, 2009 BERTEMPAT DI PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON

SEREMBAN - Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan 2009 akan diadakan pada 13hb-15hb April depan bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Bagi konvensyen kali ini sebanyak 16 buah sekolah dari seluruh Negeri Sembilan bakal menyertai program selama tiga hari. Berikut ialah aturcara PUM Konvensyen Peringkat Negeri.

Tuesday, March 17, 2009

PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS TUAN RUMAH KONVENSYEN PROGRAM USHAWAN MUDA (PUM) PERINGKAT NASIONAL KE-13 TAHUN 2009 (29HB MEI - 1HB JUN)

Kangar, Perlis - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENP's) telah dipilih selaku tuan rumah Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional ke-13, 2009 yang akan diadakan pada 29hb Mei hingga 1hb Jun dengan UiTM Cawangan Arau, Perlis selaku pusat perkampongan kontingen kali ini. 

Wednesday, March 4, 2009

BENGKEL PEMURNIAN PROGRAM USAHAWAN MUDA & PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (PPU)

Shah Alam - Seramai 38 orang perwakilan daripada pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Pensyarah-pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), pegawai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri dari seluruh Malaysia telah menghadiri Bengkel Pemurnian Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Perintis Usahawan (PPU) pada 3-5 Mac, 2009 bertempat di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).