Thursday, July 15, 2010

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL KE-14 JOHOR BHARU

Negeri Sembilan yang diwakili oleh SMK Seri Ampangan melalui Syarikat Imtiyaz Sdn Bhd yang muncul juara di Konvensyen Peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini telah undi untuk membuat persembahan ke-9 iaitu pada sessi kedua yang bermula pada jam 2.00 petang tadi.

Persembahan ahli-ahli Syarikat Imtiyaz Sdn Bhd kali ini agak memberangsangkan dengan semua peserta berjaya membuat persembahan dengan lancar serta persembahan multimedia yang begitu kemas. Jelas mutu persembahan anak-anak buah Puan Rohani Mulup kali ini tidak mengecewakan. Ekoran dari persembahan yang dilihat lebih menyakinkan dari pasukan yang membuat persembahan sebelum ini  telah menimbulkan rasa gusar dikalangan pasukan-pasukan lain.Diringi dengan sokongan padu kumpulan sorak dikalangan peserta kontinjen Negeri Sembilan telah menggamatkan lagi suasana dewan. Antara tetamu yang turut hadir menyaksikan persembahan SMK Seri Ampangan tadi ialah Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan Dato' Ibrahim Ahmad.


Pada Konvensyen kali ini pasukan Negeri Sembilan telah mencalonkan SMK Seri Ampangan (Sykt. Imtiyaz Sdn Bhd) dalam dua kategori Syarikat Terbaik dan Persembahan Terbaik. Pelajar dari Sykt. Imtiyaz Sdn Bhd,    telah dicalonkan untuk kategori Pengurus Terbaik. Bagi kategori Guru Pembimbing dan Pengetua Terbaik, Negeri Sembilan telah mencalonkan Guru Pembimbing  Mohd Yusof Shafie dan Pengetua Puan Hjh Hamidah bt Burok dari SMK Lukut, Port Dickson. Bagi pertandingan Catur Bistari kali ini,Negeri Sembilan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu SMK Lukut Port Dickson dan SMT (Ert) Undang Hj Mohd Shariff.


Bagi acara Medaniaga Bistari pula diwakili oleh SMK Undang Jelebu dan SMK Pendita Zaaba sementara Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dicalonkan untuk Anugerah Agensi Pelaksana Terbaik.

2 comments: