Monday, April 27, 2009

AKAN DATANG - UPACARA MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI KIOSK PROGRAM USAHAWAN MUDA DAN SIJIL-SIJIL LATIHAN KEUSAHAWANAN ANJURAN PKNNS

SEREMBAN- Satu Majlis Penyampaian Kunci Kiosk Program Usahawan Muda(PUM) dan Sijil-Sijil Latihan Keusahawanan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan(PKNNS) akan diadakan pada 25hb Mei, 2009 bertempat di Royale Bintang, Seremban jam 10.00 pagi.
Tetamu Kehormat dimajlis tersebut ialah Y.A.B. Dato' Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan Hj. Mohamad bin Hj Hasan yang juga Pengerusi Perbadanan yang telah sudi meluangkan masa untuk menyampai Kunci kiosk kepada pihak sekolah PUM dan sijil-sijil kepada 100 peserta yang mengikuti program keusahawanan anjuran PKNNS.

Thursday, April 16, 2009

SMT (ERT) DATO' UNDANG HJ MUHAMMAD SHARIP JUARA CATUR BISTARI KONVENSYEN PUM 2009

Port Dickson - SMT (ERT) Dato' Undang Hj Muhammad Sharip, Rembau muncul juara sulung Pertandingan Catur Bistari di Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-11 Peringkat Negeri Sembilan di PNB Ilham Resort. Pelajar mereka iaitu Nor Khalifa Azlina Ramli mencatat pemilikan wang tunai dan aset tertinggi berjumlah RM3,468,250.50 sekaligus mengesahkan kejayaan sekolah terbabit. Naib johan milik SMK Palong 11, Gemas dan tempat ketiga SMK Batu Kikir (Model
Khas).


Wednesday, April 15, 2009

SMK PENDETA ZAABA CEMERLANG DI KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA KE-11 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009

PORT DICKSON - Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaaba, Seremban mempamerkan kehebatan apabila dinobatkan selaku juara bagi kategori Persembahan Terbaik sempena Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Ke-11 Peringkat Negeri Sembilan 2009 yang berlangsung di Dewan Tun Sri Lanang PNB Ilham Resort, Port Dickson semalam.