Thursday, March 24, 2011

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) GURU PEMBIMBING PUM DITUTUP MERIAH

Pelajar menerima sijil penghargaan dari
Dato' Ketua Eksekutif PKNNS
PORT DICKSON - Program penutup Kursus Training of Trainers (TOT) bagi guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) yang diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson berakhir semalam dengan kesemua mereka diraikan dalam satu majlis khas jamuan makan tengahari bersama dengan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) yang baru Dato' Hj Mohamad Yusof b Yunus.

Tuesday, March 22, 2011

JADUAL AKTIVITI PROGRAM USAHAWAN MUDA NS 2011



Berikut ialah senarai dan tarikh aktiviti Program Usahawan Muda Negeri Sembilan 2011.

AKTIVITI PROGRAM USAHAWAN MUDA NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2011



BIL


AKTIVITI

TARIKH

TEMPAT

1.





2.










3.








4.





5.






6.






7.






Mesyuarat Penyelarasan, Guru-Guru Pembimbing Program Usahawan Muda Negeri Sembilan.

- Membincangkan program untuk tahun 2011.

Kursus “ Training of Trainers ”, Guru-Guru Pembimbing Program Usahawan Muda Negeri Sembilan.

- Modul yang akan dilaksanakan adalah Rancangan Perniagaan ( RP ), Pengurusan Syarikat, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pemasaran dan Pengeluaran Produk.

- Taklimat PUM kepada semua Pengetua Sekolah yang terlibat dengan program PUM.

Seminar Ahli Lembaga Pengarah, Pembimbing Program Usahawan Muda Negeri Sembilan.

- Modul yang akan dilaksanakan adalah Tugas dan Tanggungjawab ALP, Pengurusan Pentadbiran, Pengurusan Kewangan dan Analisa Pengeluaran Produk serta Promosi.

Konvensyen Negeri, Program Usahawan Muda Negeri Sembilan.

- Menilai prestasi syarikat PUM untuk tujuan pemilihan ke Konvensyen Nasional.

Konvensyen Nasional, Program Usahawan Muda.

- Kemuncak program PUM serta pengiktirafan dan anugerah.

Kursus Pengurusan Kewangan Asas bagi Guru-Guru Pembimbing Program Usahawan Muda Negeri Sembilan.

- Pendedahan asas Pengurusan Kewangan Syarikat serta Tatacara Penyediaan Laporan Kewangan Syarikat.

Kursus Pembubaran dan Penyediaan Laporan Tahunan Syarikat, Program Usahawan Muda Negeri Sembilan.

- Pendedahan tentang Tatacara Pembubaran Syarikat serta Tatacara Penyediaan Laporan Tahunan Syarikat.


25 Februari, 2011.





22 – 24 Mac, 2011.














7 April, 2011.










26 – 28 April, 2011.






Ditentukan oleh MITI




12 – 14 Julai, 2011









18 – 20 Oktober, 2011.

Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.




Bayu Beach Resort, Port Dickson.










Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi, Seremban.











Bayu Beach Resort, Port Dickson.





Ditentukan oleh MITI






Bayu Beach Resort, Port Dickson.









Bayu Beach Resort, Port Dickson.

Sunday, March 6, 2011

GURU PUM KEMALANGAN

Guru Pembimbing Program Usahawan Muda SM Vokasional ERT Datuk Undang Hj Mohd Sharif Rembau, Cik Gu Nor Khalifa kemalangan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain ketika pulang dari bertugas minggu lalu.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Besar Seremban sejak seminggu lalu. Nor Khalifa 29, mengalami kecederaan yang serius terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Kepada rakan-rakan guru PUM yang mengenali beliau boleh melawat Cik Gu Nor Khalifa Azlina bt. Ramli yang kini dirawat di Wad 2B Katil No.7.



Wednesday, March 2, 2011

KURSUS 'TRAINING OF TRAINERS' GURU PEMBIMBING 22 - 24 MAC BAYU BEACH PD

Bayu Beach Resort, Port Dickson
Kursus 'Training of Trainers' khusus buat Guru-Guru Pembimbing bagi Program Usahawan bagi tahun 2011 akan diadakan pada 22hb hingga 24hb Mac bertempat di Bayu Beach, Port Dickson berikut ialah aturcara bagi kursus tersebut.