Thursday, November 5, 2009

10 BUAH SEKOLAH AKAN DIBINA KIOSK

SEREMBAN - Sebanyak 10 buah sekolah di Negeri Sembilan akan menerima kiosk melalui Program Usahawan Muda (PUM) menjelang penguhujung tahun ini. Ini berikutan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah menyalurkan peruntukan bagi pembinaan kiosk yang dianggarkan bernilai RM20,000.00 tiap satu.

Untuk tujuan itu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah memilih 10 buah sekolah berdasarkan prestasi dan merit sekolah terbabit dalam penglibatan aktiviti didalam Program Usahawan Muda. Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 54 kiosk setakat ini yang telah menerima kiosk di Negeri Sembilan.

Bagi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan kerja-kerja pembinaan hanya akan bermula selepas tamat peperiksaan SPM/STPM dan dijangka siap sebelum sessi persekolahan 2010 bermula. Pihak
PKNNS akan mengadakan satu lawatan ke sekolah-sekolah dan memohon persetujuan pihak Pengetua sekolah bagi menentukan tapak pembinaan yang sesuai.

Satu program lawatan tapak ke semua 10 buah sekolah akan diadakan pada tarikh 11hb November, 2009 mengikut aturan dibawah ini :-

01. Pengetua, SMK Tunku Syed Idrus, 73000 Tampin
02. Pengetua, SMK Dato' Mohd Said, 71800 Nilai
03. Pengetua SMK Dato' Abdullah Astana Raja, 71350 Kota
04. Pengetua SMK Dato' Shahardin, 71900 Labu
05. Pengetua SMK Triang Hilir, 72400 Simpang Durian,
06. Pengetua SMK Bukit Rokan (F), 73200 Gemenceh
07. Pengetua SMK Serting Hilir Kompleks, 72120 Bandar Seri Jempol
08. Pengetua SMK Agama Sheikh Hj. Mohd Said, 70400 Seremban
09. Pengetua SMK Seremban Jaya, Taman Seremban, Jaya, 70450 Seremban
10. Pengetua SMK Teknik Juasseh, 72500 Juasseh.
 

2 comments:

  1. TAHNIAH kepada sekolah yang berjaya..gunalah kiosk dengan sebaik-baiknya..jangan sok jadi muzium atau stor

    ReplyDelete
  2. Kepada 10 buah sekolah pihak PKNNS akan mengunjungi sekolah tuan-tuan bagi menentukan tapak untuk dibina kiosk pada 11hb November

    ReplyDelete