Thursday, November 5, 2009

48 BUAH SEKOLAH MENYERTAI SEMINAR AHLI LEMBAGA PENGARAH PUM

SATU Program Seminar untuk Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Program Usahawan Muda (PUM) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah diadakan di Dewan Utama Pusat Dakwah Islamiah Paroi, yang turut disertai lebih 300 pelajar dan guru-guru pembimbing semalam.

Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Program Usahawan Muda (PUM) di setiap sekolah tentang tatacara pembubaran dan penyediaan laporan tahunan syarikat sekolah masing-masing sepanjang tahun 2009.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif PKNNS, Dato' Ibrahim Ahmad dan wakil dari JPNS Encik Halim Abdul Razak.

3 comments:

  1. Apa jadi dengan sekolah yang tak hadir..kalu yang ada exam adalah alasan..yang lain tu senyap je..tiada kabar berita

    ReplyDelete
  2. Tapi saya tabik ada satu sekolah kereta yang mereka naik pancit..tapi sampai juga..itulah semangat

    ReplyDelete