Tuesday, January 5, 2010

SELAMAT TAHUN BARU BUAT PELAJAR PUM

PERBADANAN Kemajuan Negeri,  Negeri Sembilan selaku badan penyelaras & urusetia Program Usahawan Muda (PUM) di Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Tahun Baru dan selamat kembali ke sekolah masing-masing buat seluruh warga PUM dan Guru-Guru pembimbing. 



Diharapkan kepada sekolah-sekolah yang baru menerima kiosk nampaknya proses pembinaan semuanya berjalan lancar dan pastinya adik-adik pelajar sudah tidak sabar untuk memulakan perniagaan di kiosk baru. 

Terutamanya bagi Sekolah Menengah Dato' Mohd Said, Nilai (gambar atas) yang telah siap dibina sepenuhnya dijangka akan mula beroperasi selepas pihak kontraktor menyerahkan kembali kepada Bahagian Teknikal PKNNS. Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus, Tampin (kanan) hampir 90% siap dijangka akan mula beroperasi penghujung bulan Januari, 2010. Lain-lain kiosk masih dalam peringkat pembinaan antara 60% hingga ke 70%.

1 comment:

  1. Ok adik-adik pelajar apa tunggu lagi fikir-fikirkan ide dan berbincanglah sesama Guru pembimbing tentang projek perniagaan.

    ReplyDelete