Wednesday, January 6, 2010

SMK LUKUT PORT DICKSON & SMT ERT REMBAU WAKIL NS PERTANDINGAN CABARAN CATUR BISTARI KFC 2009/2010 DI PERSADA JOHOR BHARU.

SMK LUKUT, Port Dickson dan SMT ERT Rembau telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan Cabaran Catur Bistari KFC Peringkat Kebangsaan di PERSADA JOHOR, Johor Bharu pada 17hb Januari, 2010.

Pemilihan kedua-dua buah sekolah tersebut adalah berdasarkan kejayaan yang dicatat oleh SMK Lukut, Port Dickson semasa memenangi tempat pertama laluan Tijarah  di Konvensyen Nasional PUM  2009 di Perlis dan SMT ERT Rembau kerana muncul juara peringkat Negeri Sembilan di Konvensyen PUM 2009 di PNB Ilham Resort, Port Dickson.

Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) mendoakan kejayaan kedua-dua buah sekolah didalam pertandingan itu nanti.

2 comments:

  1. Tahniah buat kedua-dua buah sekolah yang berjaya terpilih mewakili Negeri Sembilan dalam Cabaran Catur Bistari 2009/2010 di Johor Bharu..semoga beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan PUM Negeri Sembilan semasa Cabaran Catur Bistari membuka tirai kejayaan bagi tahun 2010.

    ReplyDelete