Saturday, May 8, 2010

SMK SERI AMPANGAN PAMER KEHEBATAN DI KONVENSYEN PUM KE-12 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

PORT DICKSON-SMK Seri Ampangan, Seremban menepati ramalan apabila muncul menjadi johan kategori Persembahan Terbaik di Konvensyen PUM Ke-12 Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 4hb - 6hb Mei yang berlangsung di Dewan Utama, Bayu Beach Resort, Port Dickson. 

SMK Seri Ampangan yang diwakili oleh Syarikat Imtiyaz Sdn Bhd berjaya mengatasi dua pencabar terdekat iaitu SMK Lukut (Syarikat Gemilang Niaga) naib johan dan SMK Undang Jelebu yang menduduki tempat ketiga. Disamping itu juga SMK Seri Ampangan juga mengungguli Kategori Anugerah Syarikat Terbaik dan Pengurus Terbaik.

Bagaimanapun pencapaian SMK Lukut, Port Dickson dalam konvensyen kali ini agak menonjol berikutan kejayaan Syarikat Mutiara PD Sdn Bhd merangkul Johan kategori Anugerah Perkhidmatan Terbaik, Guru Pembimbing dan Pengetua Terbaik serta meraih naib Johan Kategori Syarikat Terbaik dan Produk Terbaik serta tempat ketiga Persembahan Terbaik.

Tidak kurang hebatnya juga buat SMK Undang Jelebu menerusi Syarikat Tajirun Ila Madini yang berjaya merangkul Johan Kategori Anugerah Produk terbaik dan tempat kedua  Persembahan Terbaik. 

Johan Persembahan Terbaik tahun lalu SMK Pendita Zaaba, Seremban gagal untuk mempertahankan kejuaraan kali ini hanya sekadar menduduki tempat keenam dari 16 buah sekolah yang bertanding. Namun SMK Pendeta Zaaba berjaya menduduki tempat ketiga bagi Kategori Syarikat Terbaik.


Sementara itu penampilan sulung SMK Seremban 2 dengan Syarikat Estwo Sdn Bhd tidak sia-sia apabila berjaya menduduki tempat ketiga kategori Produk Terbaik. Antara tetamu khas yang turut hadir pada Majlis Penganugerahan tersebut ialah Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, Dato' Hj Ibrahim Ahmad dan wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Encik Hamid b Omar yang juga Ketua Sektor Unit Ko-Kurikulum JPNS.


Sekolah-sekolah yang berjaya akan mewakili Negeri Sembilan ke Konvenysen PUM Peringkat Nasional yang akan diadakan di Johor Bharu. Syabas dan tahniah kepada sekolah yang berjaya dan buat sekolah yang tidak berjaya pujian harus diberikan mereka kerana berjaya mengangkat martabat Konvensyen Peringkat Negeri Sembilan kali ini dengan persembahan serta saingan yang begitu sengit sekali sehingga menyukarkan pihak juri untuk memilih para pemenang.










Berikut ialah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori:-

PERSEMBAHAN TERBAIK
Johan      -     SMK Seri Ampangan (Sykt. Imtiyaz Sdn Bhd)
N. Johan -     SMK Undang Jelebu (Sykt. Tajirun Ila Madini Sdn Bhd)
Ketiga     -     SMK Lukut, Port Dickson (Sykt. Mutiara PD Sdn Bhd) 
Anugerah Khas Juri - SMK Teknik ERT Rembau (Sykt Era Niaga Sdn Bhd)

SYARIKAT TERBAIK

Johan      -     SMK Seri Ampangan (Sykt Imtiyaz Sdn Bhd)
N. Johan -     SMK Lukut Port Dickson (Sykt Mutiara PD Sdn Bhd)
Ketiga     -     SMK Pendeta Zaaba (Sykt Gemilang Niaga Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri - SMK Batu Kikir Model Khas ( Sykt. Al-Falah Sdn Bhd)

PRODUK TERBAIK

Johan      -     SMK Undang Jelebu (Sykt Tajirun Ila Madini Sdn Bhd)
N. Johan -     SMK Lukut Port Dickson (Sykt Mutiara PD Sdn Bhd)
Ketiga     -     SMK Seremban 2 (Sykt Estwo Sdn Bhd)
Anugerah Khas Juri - SMK Seri Ampangan (Sykt Imtiyaz Sdn Bhd)


GURU PEMBIMBING TERBAIK
Mohd Yusof b Shafie
(SMK Lukut PD)

























PENGETUA TERBAIK
Pn Hjh Hamidah bt Burok
(SMK Lukut PD)



























PERKHIDMATAN TERBAIK















SMK Lukut Port Dickson (Sykt Mutiara PD Sdn Bhd) - Projek Hasil Tanaman Pisang

PENGURUS BESAR TERBAIK
Muhamad Amirul Huzaifah b Mohd Razi
SMK Seri Ampangan

2 comments:

  1. tahniah2... hehe

    ReplyDelete
  2. salam, bleh tau mcmana nk dapat contact no en.mohd yusof shafie?(guru pembimbing terbaik)
    terima kasih

    ReplyDelete