JOHOR BHARU - Kontinjen Negeri Sembilan mencatat kejayaan cemerlang apabila berjaya membolot 5 Anugerah dalam Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Nasional Kali ke-14 di Persada Johor, malam tadi.
Daripada 5 anugerah tersebut Negeri Sembilan telah muncul juara menerusi SMK Seri Ampangan (Sykt. Imtiyaz Sdn Bhd) bagi kategori Syarikat Terbaik dan Persembahan Terbaik dan Pengetua Terbaik Puan Hjh Hamidah Burok dari SMK Lukut, Port Dickson.
Sementara itu dua lagi anugerah yang turut berjaya diraih ialah tempat ketiga Catur Bistari oleh SMT (Ert) Undang Mohd Sharif Rembau dan tempat ketiga bagi kategori kumpulan sorak.
Tahniah..Tahniah..hah macam tuulah.
ReplyDelete