Sunday, January 2, 2011

SMT ERT REMBAU DAN SMK LUKUT PD DIPILIH SERTAI CABARAN CATUR BISTARI KFC PERINGKAT KEBANGSAAN 2010/2011

DUA buah sekolah iaitu SMT ERT Rembau dan SMK Lukut Port Dickson terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke Cabaran Catur Bistari KFC Peringkat Kebangsaan 2010/2011 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang akan bermula pada 9hb Januari, 2011.

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) selaku agensi pelaksana memilih kedua-dua buah sekolah tersebut berdasarkan pencapaian sekolah terbabit dalam pertandingan Catur Bistari yang dianjurkan di peringkat negeri dan nasional tahun lalu.

Seramai 5 orang pelajar dan seorang Guru Pembimbing dari kedua buah sekolah akan mewakili Negeri Sembilan menyertai Cabaran Catur Bistari anjuran Johor Corporation. Semoga cabaran kali ini mampu beroleh kejayaan. Insyallah. 

No comments:

Post a Comment