Thursday, March 24, 2011

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) GURU PEMBIMBING PUM DITUTUP MERIAH

Pelajar menerima sijil penghargaan dari
Dato' Ketua Eksekutif PKNNS
PORT DICKSON - Program penutup Kursus Training of Trainers (TOT) bagi guru-guru pembimbing Program Usahawan Muda (PUM) yang diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson berakhir semalam dengan kesemua mereka diraikan dalam satu majlis khas jamuan makan tengahari bersama dengan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) yang baru Dato' Hj Mohamad Yusof b Yunus.


Serentak dalam majlis jamuan itu satu acara khas bagi meraikan kejayaan pelajar Sekolah Menengah Seri Ampangan muncul juara persembahan dan syarikat terbaik sempena di Konvensyen Nasional di Johor Bahru tahun lalu beserta dengan empat buah sekolah lain iaitu SMK Pendeta Zaaba, SMK Yam Tuan Radin Lukut Port Dickson, SMK Dato' Undang Jelebu dan SMK ERT Rembau yang mewakili Negeri Sembilan dalam Konvensyen tersebut.
Pelajar-pelajar SMK Seri Ampangan menerima sijil perhargaan dan wang tunai RM100 sementara pelajar-pelajar dari empat sekolah lain menerima sijil yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif PKNNS.

Antara yang turut hadir pada majlis jamuan makan tengahari tersebut ialah Pegawai Daerah Seremban, Encik Hasnul b Mohamed dan Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Johor, Encik Nor Azmi b Ismail.

6 comments:

  1. Kehadiran guru pembimbing amat memberansangkan semasa Kursus TOT PUM ini. Seramai 54 orang guru pembimbing daripada 56 buah sekolah yang terlibat hadir untuk tempoh 3 hari 2 malam ini. Setiap sekolah menghantar seorang ( 1 )guru pembimbing. Ini bermakna hanya 2 buah sekolah gagal menghantar wakil masing-masing. 70 peratus yang hadir merupakan guru baru yang telah dipilih oleh sekolah masing-masing. Diharap PUM Negeri Sembilan dapat mengekalkan prestasinya sepertimana yang telah dicapai pada tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Tarikh program ini diadakan pada 22-24 Mac,2011

    ReplyDelete