Sunday, March 29, 2009

16 SEKOLAH BERSEDIA MENGGALAS TUGAS UNTUK MEWAKILI NEGERI SEMBILAN KE KONVENSYEN NASIONAL 2009

SEREMBAN - Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah mengumumkan senarai 16 buah sekolah yang berjaya terpilih untuk menyertai Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2009. Antara 16 buah sekolah yang tersenarai, empat adalah merupakan pendatang baru dalam Konvensyen kali ini iaitu SMK King George V, Seremban, SMK Dato' Sedia Raja, SMK Klana Putra Lenggeng dan SMK Senawang yang dijangkakan bakal memberikan saingan sengit kepada sekolah-sekolah yang berjaya tahun lalu seperti SMK Seri Ampangan, SMK Lukut, Port Dickson dan SMK Palong 11(F) Gemas. Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Haji Amir Sharifuddin Hj Ahmad yang mengumumkan senarai itu berkata, Konvensyen Peringkat Negeri kali ini akan diadakan di PNB Ilham Beach Resort, Port Dickson pada 13 - 15 April depan.


Menurut beliau, sekolah yang berjaya diperingkat negeri akan mewakili Negeri Sembilan ke Konvensyen Peringkat Nasional di Perlis pada 29hb Mei - 1hb Jun.

Berikut ialah senarai 16 buah sekolah yang terpilih:-

01) SMK Seri Ampangan, Seremban
02) SMK Dato' Sedia Raja, Rembau
03) SMK Dato' Abdul Samad, Port Dickson
04) SMK King George V, Seremban
05) SM Teknik, ERT Dato' Hj. Mohd Shariff, Rembau
06) SMK Dato' Mansor, Bahau
07) SMK Dato' Klana Putra, Lenggeng
08) SMK Pendeta Zaaba, Seremban
09) SMK Triang Hilir, Simpang Durian
10) SMK Tinggi, Port Dickson
11) SMK Undang Jelebu
12) SMK Batu Kikir (Model Khas), Batu Kikir
13) SMK Palong 11(F), Gemas
14) SMK Lukut, Port Dickson
15) SMK Senawang, Seremban
16) SMK Serting Hilir Kompleks, Bandar Seri Jempol.

No comments:

Post a Comment