Sunday, July 12, 2009

LAMAN BLOG PUMPKNNS BERWAJAH BARU

SEREMBAN-Bagi menyesuaikan Program Usahawan Muda (PUM) dengan tampok kementerian yang baru dimana Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang kini bernaung dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) laman blog PUMPKNNS.BLOGSPOT.COM juga turut mengalami perubahan dengan imej baru. Adalah diharapkan anak-anak pelajar dan guru-guru pembimbing PUM terutamanya di Negeri Sembilan dan tidak lupa rakan-rakan seperjuangan dari PKEN-PKEN Negeri lain yang sering melayari laman blog ini menyenangi dengan imej baru. Terima kasih.

4 comments:

  1. Sikit-sikitlah tuan..mana yang termampu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wkt. Saya En. Azwan guru pembimbing PUM SMK Serting Hilir Kompleks, 72120 Bandar Seri Jempol ingin mendapatkan respon.
    Hari ini 2 Mac 2010 kiosk PUM sekolah sy telah dikunjungi oleh PPD Jempol Jelebu. Pegawai berkenaan ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang PUM dalam bentuk hitam putih yang dikeluarkan oleh PKNNS atau mana2 pihak yg menaungi PUM ini berhubung jenis2 atau produk2 yang dibenarkan untuk diusahakan dalam bentuk jual beli beserta modus operandi yang digariskan. oleh kerana sy tidak mampu untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh pegawai berkenaan sy telah menghubungi En. Arriffin, pegawai PKNNS yg bertanggungjawab ke atas PUM peringkat sekolah. En. Arriffin dalam perbualannya dengan pegawai berkenaan telah menerangkan panjang lebar berkenaan PUM ini. Namun, kesan daripada kunjungan PPD berkenaan PUM sekolah sy tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di kiosk mulai hari keesoakkannya, 3 Mac 2011 kerana tiadanya hitam putih dari pihak atasan yang menerangkan aktiviti PUM ini dalam aktiviti kokurikulum sekolah kepada pihak PPD mahupun sekolah.
    Untuk makluman, kiosk PUM sekolah sy baru didirikan pada tahun 2010 (fasa terakhir) dan baru hendak 'merancakkan' aktiviti pada tahun ini (2011). usaha untuk menggarapkan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah saya terbantut. pelajar PUM saya yg masih segar dan menunjukkan minat dalam bidang keusahawanan ini kecewa berikutan arahan terbaru yang keluarkan.
    Jadi saya mohon perkara ini mendapat penjelasan memandangkan rugi dilepaskan peluang di depan mata yang telah terhidang untuk pelajar rebut bagi memenuhi matlamat pembudayaan dan latihan keusahawanan sedari mereka masih lagi rebung. sy berasakan suara sy ini atas dasar tanggungjawab yg telah di berikan kepada sy, sementara saya bersedia untuk menjadi guru pembimbing. sekian, wassalam

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Buatlah apa yang termampu

    ReplyDelete