SEREMBAN-Kontinjen Negeri Sembilan yang menyertai Konvensyen Peringkat Nasional Program Usahawan Muda Ke-13 di Kangar, Perlis dari 26hb-29hb Jun baru-baru ini berjaya meraih dua anugerah menerusi kategori Guru Pembimbing Terbaik dan Catur Bistari.
Dalam kategori Guru Pembimbing Terbaik, Puan Rohani Mulup dari Sekolah Menengah Seri Ampangan Seremban berjaya menduduki tempat ketiga dengan meraih hadiah wang tunai RM1,000.00 beserta sijil dan trophi. Pencapaian ini merupakan buat julung kali diraih oleh kontinjen Negeri Sembilan sejak menyertai Program Usahawan Muda. Bagi kategori Catur Bistari yang merupakan satu acara baru buat kontinjen Negeri Sembilan berjaya mengejutkan kontinjen negeri-negeri lain apabila Sekolah Menengah Lukut Port Dickson muncul pasukan terpantas menduduki laluan Tijarah sekali gus meraih hadiah wang tunai RM200.00 beserta sijil dan trophi.
Sementara bagi kategori lain seperti Syarikat Terbaik, Persembahan Terbaik, Pengurus Terbaik, Kuiz Keusahawanan, Biz-Race, Perkhidmatan dan Produk Terbaik dan Pengetua Terbaik kesemua wakil Negeri Sembilan gagal menyaingi kehebatan pasukan dari negeri-negeri lain.
Sungguhpun begitu sikap semangat juang yang tinggi dan tidak mahu mengalah yang ditonjolkan dikalangan para pelajar dari Negeri Sembilan harus dipuji dan wajar dicontohi semoga diharapkan agar semangat itu tidak luntur dan pengalaman itu dijadikan bekalan buat golongan pelapis yang akan mengambil alih tempat mereka pada tahun hadapan. Begitu juga buat Guru-Guru Pembimbing yang menyertai Konvensyen kali ini tidak mudah patah semangat dan senantiasa bersikap positif dan menganggap kekalahan atau kegagalan itu sebagai satu cabaran.
Diharap Guru-Guru Pembimbing yang sudah mendapat merasai suasana konvensyen, pengalaman berguna dan memperolehi teknik-teknik, skil serta tips-tips dari kejayaan pasukan lain tentunya sudah mula memikirkan untuk memasang dan merangka strategi apabila pulang di sekolah masing-masing nanti. Adalah diharapkan ditahun akan datang Kontinjen Negeri Sembilan mampu bangkit dan berupaya mencatat kejayaan yang lebih besar dan gemilang. Insyallah.

khabarnya ada so seh so seh di perlis. apa cerita?
ReplyDeleteInsyallah, jumpa lagi tahun hadapan!
ReplyDeleteInsyaallah untuk tuan..tengok gaya belum tentu
ReplyDeleteBiasalee...rumah siap pahat berbunyi
ReplyDelete