Monday, April 26, 2010

16 BUAH SEKOLAH TERPILIH LAYAK KE KONVENSYEN PUM KE-12 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010

SEREMBAN - Debaran menanti 16 buah sekolah yang layak bertanding di Konvensyen PUM Peringkat Negeri Sembilan Kali Ke-12 yang akan berlangsung pada 4hb - 6hb Mei di Bayu Beach Resort, Port Dickson terjawab sudah apabila pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) telah mengumumkan senarai 16 buah sekolah tersebut.

Antara 16 buah sekolah yang tersenarai, empat dari sekolah terbabit adalah merupakan pendatang baru dalam Konvensyen kali ini iaitu SMK Seri Perpatih, Jempol, SMK Taman Semarak, Nilai, SMK Dato' Shahardin, Labu dan SMK Seremban 2, Seremban dijangkakan bakal memberikan saingan sengit kepada sekolah-sekolah yang berjaya tahun lalu seperti SMK Seri Ampangan, SMK Lukut, Port Dickson, SMK Pendeta Za'ba, Seremban dan SMK Teknik (ERT) Dato' Hj. Mohd Shariff, Rembau.


Berikut ialah senarai 16 buah sekolah yang terpilih:-


01. SMK Seri Ampangan, Seremban
02. SMK Lukut, Port Dickson
03. SMK Pendeta Za'aba, Seremban
04. SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol
05. SMK Seri Perpatih, Jempol
06. SMK Tinggi Port Dickson, Port Dickson
07. SMK Taman Semarak, Nilai
08. SMK Dato' Shahardin, Labu
09. SMK Seremban 2, Seremban
10. SMK Teknik (ERT) Dato' Hj. Mohd Shariff, Rembau
11. SMK Senawang, Seremban
12. SMK Dato' Abdul Samad, Tanjung Ipoh
13. SMK Palong Sebelas, Jempol
14. SMK Triang Hilir, Jelebu
15. SMK Dato' Mansor, Bahau
16. SMK Undang Jelebu, Jelebu 


Walaubagaimanapun Urusetia PUM, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) mengingatkan kepada semua sekolah yang mengikuti program PUM untuk menghadiri satu Seminar Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang akan diadakan pada 29hb April, bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi bermula pada jam 8.00 pagi.

3 comments:

  1. Tahniah kepada semua 16 buah sekolah yang berjaya Ke Konvensyen Peringkat Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  2. do the best and very best to become the champion! good luck everyone of you!

    ReplyDelete
  3. mna gmbar swktu konvensyen negeri pum 2010 yg diadkn di byu beach rsort?

    ReplyDelete