SEREMBAN- Majlis Penyampaian Kunci-Kunci Kiosk Program Usahawan Muda (PUM) dan Sijil Penyertaan Peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Klana Resort, Seremban yang dihadiri hampir 300 para jemputan yang terdiri pelajar-pelajar sekolah, Pengetua dan Guru Pembimbing berlangsung dengan begitu meriah.
Majlis anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) selaku sekretariat dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) khusus bagi Program Usahawan Muda di Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Yunus Rahmat.
Antara lain tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menyerahkan replika kunci kiosk secara simbolik kepada 10 buah sekolah yang menerima kiosk pada tahun lalu. 10 buah sekolah terbabit ialah:-
01. SMK Tunku Syed Idrus, Tampin
02. SMK Dato' Mohd Said, Nilai
03. SMK Dato' Abdullah Astana Raja, Kota
04. SMK Dato' Shahardin, Labu
05. SMK Triang Hilir, Simpang Durian,
06. SMK Bukit Rokan (F), Gemenceh
07. SMK Serting Hilir Kompleks, Bandar Seri Jempol
08. SMK Agama Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban
09. SMK Seremban Jaya, Taman Seremban, Jaya, Seremban
10. SMK Teknik Juasseh, Juasseh.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif PKNNS Dato' Ibrahim Ahmad, wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan dan wakil dari MITI.
No comments:
Post a Comment