Thursday, July 15, 2010

KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL KE-14


JOHOR BHARU - Sempena Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) kali ini pihak penganjur J-Corp turut memperkenalkan pertandingan Medaniaga Bistari PUM 2010 dimana dua buah sekolah SMK Undang Jelebu bersama dengan SMK Pendita Zaaba dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan kali ini.


Pihak urusetia telah menyediakan satu lot kedai berukuran 10'x10' bertempat di pusat membeli belah Plaza Kota Raya untuk setiap kontingen dimana mereka dikehendaki menjual pelbagai jenis barangan atau produk sepanjang konvensyen ini berlangsung.

Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan daya kreativiti sendiri untuk menghias gerai masing-masing dimana gerai-gerai itu nanti akan dinilai dari segi beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur untuk Anugerah Gerai Terbaik.

Disamping itu juga turut berlangsung pertandingan Catur Bistari yang diadakan diruang legar pusat membeli belah Plaza Kota Raya.
Negeri Sembilan diwakili oleh dua buah sekolah iaitu SMT (Ert) Undang Hj Mohd Sharif,  Rembau dan SMK Lukut, Port Dickson

1 comment:

  1. Waah cantik gerai,,banyaklak barang ada can menang

    ReplyDelete