Saturday, April 23, 2011

MAMPUKAH SMK SERI AMPANGAN MENGEKALKAN KEJUARAAN

KONVENSYEN Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Sembilan 2011 kali ke-13 yang akan bermula pada hari Selasa, 26hb April ini bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson bakal menyaksikan pertarungan diantara 16 buah sekolah yang berjaya terpilih dari 56 buah sekolah dibawah program PUM Negeri Sembilan.


Juara persembahan peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Persada, Johor Bharu tahun lalu SMK Seri Ampangan dengan Syarikat Imtiyaz Sdn Bhd sudah pasti menjadi pilihan untuk mengungguli saingan kali ini. Berdasarkan pengalaman mereka mencatat kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan sejak beberapa tahun yang lalu.

Saingan sengit pasti hadir dari SMK Lukut, Port Dickson, SMK Undang Jelebu dan SMK Pendeta Zaaba yang sejak beberapa yang tahun lalu sering memberi saingan kepada setiap Konvensyen Peringkat Negeri diadakan dengan mengukir beberapa kejayaan, 

Semoga diharapkan pada Konvensyen Peringkat Negeri Sembilan ke-13 kesemua 16 buah sekolah yang terpilih mampu meningkat mutu dan tahap persembahan sekaligus mengangkat martabat Program Usahawan Muda ini sendiri. Selamat berjaya.

1 comment:

  1. Nur ashura nk tau sape admin blog kami kat PKNNSlah.

    Yang juri tuu cuba try search nama Syed Hazri..klu dia tak tukar profil FB dia.

    ReplyDelete