Ahli ALP turut membuat persembahan penyata kewangan |
Kursus Lanjutan Fasa Pertama ini turut melibatkan ALP dari 26 buah sekolah (130 pelajar) dan 26 orang Guru Pembimbing. Antara lain tujuan kursus ini diadakan adalah lebih untuk memberi tumpuan terhadap aspek Pengurusan dan Penyediaan Laporan Kewangan Syarikat Sdn Bhd serta bidang Pemasaran untuk membangunkan dan membudayakan bidang keusahawan di kalangan para pelajar. Para pelajar juga dikehendaki membuat persembahan multimedia penyata kewangan masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi Urusetia 06-7623251/2 En. Ariffin Ibrahim.
No comments:
Post a Comment