Thursday, April 2, 2009

SMK LUKUT PORT DICKSON BUKA CAWANGAN KIOSK PUM DI ASRAMA DAN PROJEK TANAMAN PISANG PERTANIAN BUMI HIJAU


Pengetua Cemerlang SMK Lukut, Puan Hjh Hamidah bt Burok berkata, cadangan untuk menjalankan kedua-dua aktiviti tersebut adalah hasil dari perbincangan, perancangan teliti antara guru-guru pembimbing PUM dengan mengambilkira keperluan pelajar di asrama dan persekitaran sekolah.

Untuk itu bengkel sains pertanian yang sebelum ini tidak digunakan telah diubahsuai untuk dijadikan kiosk dengan kos baik pulih yang dilakukan oleh pelajar PUM sendiri yang menelan belanja hampir RM3,000.


Menurut Hamidah merangkap Pengerusi projek melahirkan rasa yakin aktiviti-aktiviti seumpama itu mampu diperluaskan lagi operasinya dari sudut aktiviti jualan dan perkhidmatan. Di majlis itu juga pihak SMK Lukut turut menerima 80 anak-anak benih dari pelbagai jenis sayuran terdiri daripada cili padi, bendi dan terung sebagai tanaman kontan sebelum mengutip hasil dari projek tanaman pisang yang diusahakan.

Selain dari itu katanya, sebagai langkah memotivasikan dan membudayakan bidang keusahawanan kepada pelajar-pelajar, sekolah tersebut turut menjadikan balai menunggu ibu bapa sebagai wakaf dimana segala aktiviti PUM dipamerkan serta bahan-bahan rujukan dan risalah tentang program PUM boleh didapati disitu.


Upacara majlis perasmian kiosk PUM tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), Dato' Ibrahim b. Ahmad. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah wakil Jabatan Pertanian Daerah Port Dickson, wakil-wakil jabatan pelajaran daerah dan negeri.

1 comment: