Friday, May 22, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PENYERTAAN SEKOLAH-SEKOLAH SEMPENA KONVENSYEN NASIONAL KE-13


SEREMBAN- Satu Mesyuarat Penyelarasan Penyertaan Sekolah-Sekolah yang dipilih mewakili Negeri Sembilan untuk menyertai Konvensyen PUM Peringkat Nasional ke-13 di Perlis pada 26hb hingga 29hb Jun telah diadakan di Sekolah Menengah Seri Ampangan, Seremban semalam.



Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Tadzim Mansor dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan(JPNS) antara lain untuk memberi penerangan yang sejelas mungkin tentang persediaan yang perlu dibuat oleh sekolah-sekolah yang akan bertanding dalam pelbagai kategori bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan yang mampu menjejaskan mutu persembahan, kualiti produk, mutu perkhidmatan syarikat serta laporan-laporan syarikat termasuk laporan guru pembimbing dan guru besar.
Selain dari memberi penerangan juga mendengar permasalahan dari pihak sekolah jika ada dari segi persiapan menjelang konvensyen nasional itu nanti. Sekolah-sekolah yang bertanding juga perlu menghantar laporan masing-masing seperti yang dikehendaki kepada pihak INSKEN sebelum 15hb Jun bagi memastikan layak untuk mengambil bahagian.
Juga pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) selaku seketeriat turut memaklumkan tentang waktu, tarikh dan tempat untuk berkumpul sebelum bertolak ke Perlis.
Semua guru-guru pembimbing sekolah yang terpilih iaitu SMK Seri Ampangan (kategori persembahan dan syarikat terbaik), SMK Lukut (perkhidmatan terbaik), SMK Pendeta Zaaba (Pengurus Besar Terbaik), SMK (ERT) (catur bistari) dan SMK Undang Jelebu (Kuiz Keusahawanan & Entrepreneur race) telah hadir pada mesyuarat penyelarasan.

No comments:

Post a Comment