Kangar- Syabas dan sekalong tahniah buat seluruh warga PKEN Perlis diatas kejayaan menganjurkan Konvensyen Nasional Ke-13 dengan cemerlang walaupun menghadapi pelbagai halangan, kesukaran dan keperitan tetap utuh memerah tenaga dan keringat dengan berpegang kepada satu matlamat bagi memperjuangkan dan memartabatkan Program Usahawan Muda (PUM) yang telah sebati dikalangan seluruh warga PKen-PKen Negeri ke suatu tahap yang paling atas agar senantiasa harum dan subur ditahun-tahun seterusnya.
Dalam tempoh masa yang amat singkat ditambah dengan keadaan perubahan jentera pentadbiran kementerian serta dengan tenaga kerja yang amat terhad pihak PKEN Perlis sanggup menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab selaku tuan rumah bagi memastikan Program Usahawan Muda (PUM) terus berjalan lancar. Disamping itu tidak lupa juga buat pihak INSKEN dan PKen-Pken negeri bersama dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri turut sama mengembeling tenaga, kepakaran dan menjana ide agar perlaksanaan penganjuran PUM mampu dikelolakan dengan jayanya.
Kalah menang bukannya menjadi ukuran tetapi kejayaan PUM itu sendiri adalah yang lebih penting khusus buat golongan anak-anak pelajar. Bagi penulis yang turut sama berada disana mengikuti keseluruhan program dari awal hingga akhir ingin membuat kesimpulan bahawa PKen Perlis telah meletakkan tahap penganjuran PUM disuatu tahap `benchmark' yang perlu dicontohi dan diikuti terutamanya buat bakal tuan rumah akan datang. Cuma disini penulis ingin mengingatkan bahawa penganjuran program sebesar seperti ini tentunya adanya sedikit sebanyak kelemahan namun jika dikaji secara keseluruhan penganjuran program ini tetap berjaya. Tahniah dan syabas buat Pengurus Besar PKEN Perlis, Encik Zulkifli Ahmad, Dr Ammar Hassan, Encik Hasnan Abdul Kudus dan Encik Asmadi serta seluruh warga kerja PKEN Perlis.
(Peristiwa paling menarik...Seronok melihat gelagat pelajar begitu gembira apabila abang-abang rider mengiringi bas mereka ke Padang Besar.)
No comments:
Post a Comment