Sunday, July 26, 2009

ENAM BUAH SEKOLAH RENDAH SERTAI PROGRAM SULUNG PROGRAM PERINTIS USAHAWAN


PORT DICKSON-Seramai 60 murid sekolah rendah dari 6 buah sekolah di Negeri Sembilan buat julung kalinya menyertai program sulung Program Perintis Usahawan (PPU) yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) di Ilham Beach Resort, Port Dickson dari 24-26hb Julai, 2009.


Program sulung anjuran PKNNS ini membabitkan khusus untuk golongan pelajar yang terdiri dari murid tahun empat dan lima sahaja dimana mereka didedahkan dengan ciri-ciri asas bidang keusahawanan yang dipermudahkan serta diselitkan elemen `permainan' menggunakan Catur Bistari bagi tujuan menarik minat dalam bidang keusahawanan.
Tindakbalas dari pelajar-pelajar cukup memberangsangkan dan begitu mengkagumkan dimana mereka mudah menerima dan berani untuk menonjolkan diri dan bercakap dihadapan khalayak ramai malah mampu mencipta ide pelbagai jenis perniagaan.
Bagi permainan Catur Bistari iaitu sejenis permainan berbentuk ala `business game' PKNNS telah melantik pelajar-pelajar SMK ERT Rembau yang merupakan Johan Catur Bistari PUM peringkat Negeri Sembilan 2009 selaku tenaga pengajar khusus untuk permainan ini. Pihak Urusetia Program ini juga turut mengambil kesempatan membuat sessi 'brainstorming' dengan Guru-Guru Pembimbing yang mewakili enam buah sekolah bagi memikirkan bentuk-bentuk modul yang sesuai yang boleh digunapakai sebagai pengiisian untuk program ini sesuai dengan usia para pelajar ini.
Acara kemuncak sempena program ini ialah pertandingan Catur Bistari diantara enam buah sekolah. Berikut ialah keputusan penuh:-

Johan - SK Desa Cempaka Nilai (RM14,776,220.00)
N.Johan - SK Pasir Panjang, Port Dickson
Ketiga - SK Dr. Sulaiman, Tampin
Keempat - SK Jempol
Kelima - SK Nuri, Johol
Keenam - SK Seremban 2 A

2 comments:

  1. duuhh..tahniah 4 sk desa cempaka 4 da winning!

    ReplyDelete
  2. Camtulah dik..jgn lupa ajar rakan-rakan lain

    ReplyDelete