Friday, April 29, 2011

SMK SERI AMPANGAN UNGGUL DI KONVENSYEN PUM NS KE-13

SMK Seri Ampangan menerusi syarikat mereka IMTIYAZ SDN. BHD menepati ramalan untuk muncul juara kategori persembahan buat kali kedua berturut-turut untuk mengatasi pencabar lain dalam misi mereka untuk mempertahakan kejuaraan peringkat kebangsaan di Konvensyen Nasional yang akan berlangsung di Ipoh tidak berapa lama lagi.

Biarpun mereka disaing hebat oleh SMK Undang Jelebu dan SMK Pendeta Zaaba nyata mereka masih berada dikelas yang tersendiri dalam konvensyen peringkat negeri kali ini. Malah keupayaan mereka kali ini lebih terserlah dengan memenangi kategori syarikat terbaik, catur bistari dan naib johan produk terbaik.

Juga Pengetua SMK Seri Ampangan juga turut dicalonkan sebagai Pengetua Terbaik dan Guru SMK Yam Tuan Raden, Lukut Encik Yusuf Shafiee sebagai Guru Pembimbing Terbaik dan Pengurus Besar SMK Seri Ampangan di Kovensyen Nasional nanti.

Syabas dan tahniah buat para pelajar SMK Seri Ampangan terutama Guru Pembimbingnya Puan Rohani Mulup yang gigih berusaha mengilap dan membentuk pelajar mencapai dan meraih kejayaan sehingga di peringkat kebangsaan.

Antara tetamu yang turut hadir pada majlis anugerah itu ialah Ketua Eksekutif PKNNS Dato' Mohd Yusuf Yunus wakil Pengarah Jabatan Pelajaran NS, Encik Tuan Hj Amir Sharifuddin, Ketua Unit Koko JPNS Encik Tuah Abd Manaf dan Pengurus Perdagangan PKNNS, Encik Abdul Rahim Ujang.

1 comment: