Wednesday, June 3, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KALI-3 KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NASIONAL KE-13

KANGAR, Perlis - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Nasional Ke-13 Kali-3 yang buat pertama kali diadakan di venue pertandingan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Perlis berjalan lancar dengan mencatat kehadiran hampir semua wakil-wakil agensi pelaksana PKEN Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan-jabatan kerajaan negeri Perlis yang bakal terlibat sama bagi memastikan perjalanan konvenysen kali ini berjalan lancar yang dijadualkan bermula pada 26hb Jun hingga 29hb Jun, 2009.


Mesyuarat yang dipengerusi oleh Pengarah Insken, Puan Kamariah Yeop Abdullah turut membincangkan pelbagai perkara termasuk dari penginapan dan logistik sehingga ke acara majlis perasmian penutup yang bakal dihadiri tetamu kehormat DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.

Konvensyen kali ini menjadi bertambah menarik apabila semua kontinjen akan dibawa melawat ke beberapa destinasi menarik sekitar Negeri Perlis seperti Taman Ular, Ladang Anggur, Padang Besar dan Taman Herba.

Selain dari itu kesemua kontinjen diberi amanat penting oleh pihak urusetia Politeknik dan memohon kerjasama supaya memastikan semua pelajar mereka mematuhi undang-undang dan menjaga disiplin serta peralatan dan harta benda pusat pengajian itu.

No comments:

Post a Comment